PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa

PENCEMARAN AIR




Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input sama ada semula jadi atau budaya. Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan mengandungi beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang menyebabkan air itu tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:44). Terdapat beberapa isu berkaitan pencemaran air yang diberi fokus dalam penulisan ini. Antaranya ialah pencemaran di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan, pencemaran Sungai Juru, pencemaran Sungai Kelang dan pencemaran Tasik Kenyir.

Pencemaran air di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan

Kajian yang dijalankan oleh Hamirdi Ithnin dan Nordin Sakke (2000) di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan mendapati bahawa terdapat korelasi yang kuat antara pencemaran air seperti Partikel Terampai (SS) dan Ammonia Nitrogen (NH3N) merupakan penyumbang utama kepada pencemaran air. Manakala permintaan Oksigen Biokimia (BOD5) dan Permintaan Oksigen Kimai (COD) mempunyai pertalian yang kuat berbanding SS dan NH3N dengan pencemaran air yang berlaku di Lembangan Linggi. Pencemaran yang berlaku ini sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan pembangunan di lembangan sungai seperti pembuangan sampah, pertanian, penternakan dan pembuangan sisa domestik (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:6).

Abdul Manaf Bohari dalam artikelnya bertajuk ‘Tanggungjawab Sosial Korporat Terhadap Alam Sekitar Di Malaysia: Kepentingan Perlaksanaan menerangkan mengenai pencemaran di Sungai Linggi yang disumbangkan oleh tiga sumber utama iaitu kilang getah, kilang minyak kelapa sawit dan industri perkilangan. Fenomena ini menyebabkan penurunan kualiti air di kawasan berkenaan dan seterusnya akan menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk yang menerima bekalan air dari sungai tersebut (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:275). Artikel pada rajah 6 di bahagian Lampiran membuktikan bahawa pencemaran air berlaku di Sungai Linggi.

Pencemaran Sungai Juru, Pulau Pinang.

Pencemaran sungai di negara ini terutamanya dikawasan bandar terus meningkat. Sg. Juru sebagai contoh dikategorikan sebagai sangat tercemar. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Hal ini kerana sisa toksik daripada kilang dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai tersebut. Masyarakat setempat dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan membuang sampah ke dalam sungai tersebut. Air Sungai Juru berada pada kedudukan teratas di negara ini dengan tahap tercemar yang teruk. Hal ini dibuktikan berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran: Sungai Juru kekal di tangga teratas’ dan Tren status Sungai Juru dari tahun 2000-2009 di bahagian lampiran. Lihat Rajah 7 di bahagian Lampiran yang menunjukkan gambar Sungai Juru dipenuhi banyak sampah, artikel yang memaparkan isu pencemaran tersebut dan carta yang menunjukkan indeks pencemaran di Sungai Juru.

Pencemaran Sungai Klang

Sungai Klang pula merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Sungai ini juga berhadapan dengan masalah pencemaran air. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288 km persegi. Sungai ini tercemar disebabkan ia mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan penduduk iaitu lebih kurang empat juta orang. Siti Aisyah Saat dalam buku Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar oleh Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2006:197) menyatakan bahawa kebanyakan sungai yang tercemar terdapat di zon pembangunan yang pesat seperti di Lembah Kelang, di mana pembangunan industri dan pembangunan infrastruktur serta penternakan dijalankan di sini. Kegagalan dalam mengawal pelepasan sisa industri telah memberi kesan sampingan kepada alam sekitar. Lebihan bahan buangan industri ke dalam sungai telah menyebabkan berlaku pencemaran di beberapa batang sungai di sekitar Lembah Klang termasuklah Sungai Klang.

Sungai Klang yang mengalir melalui Pusat Bandar Raya berpunca daripada kawasan tinggi di bahagian utara Kuala Lumpur mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi berdasarkan kepada warnanya yang keruh. Punca utama kepada keadaan ini adalah pembuangan keladak dari tapak-tapak pembinaan. Sampah sarap di dalam sungai juga merupakan satu masalah serius yang berpunca dari pembuangan sisa pepejal tanpa kawalan dari kawasan setinggan di sepanjang tebing sungai terbabit. Selain itu, pembuangan secara langsung air sisa domestik ke dalam sungai masih lagi berlaku di beberapa kawasan. Hal ini menambah masalah pencemaran sungai seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia Indeks Kualiti Air (WQI) menunjukkan kualiti air Sungai Klang masih tercemar, (WQI Kelas III 51.9-76.5) di mana rawatan secara ekstensif diperlukan (http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/alamsekitar /index.htm). Rajah 8 menunjukkan pencemaran air di Sungai Klang dan artikel berkaitan.

Pencemaran Tasik Kenyir

Berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran E-coli Tasik Kenyir Serius’ dalam Berita Harian bertarikh 7hb. Disember 2010 menunjukkan berlakunya pencemaran di Tasik Kenyir. Pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh tasik tersebut telah dicemari dengan bakteria e-coli kesan pembuangan kumbahan daripada rumah bot. Sisa kumbahan dibuang terus ke dalam tasik dan ini sekali gus mencemarkannya. Oleh itu, keadaan tersebut menjejaskan mutu air dan kehidupan dalam tasik Kenyir. Maka, langkah yang diambil oleh pihak berwajib ialah menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik di mana kerajaan negeri menukar sistem tandas. Hal ini membolehkan sisa kumbahan disalurkan ke dalam tangki takungan berkapasiti 200 liter. Justeru itu, sistem pengurusan sisa kumbahan adalah penting untuk mengatasi masalah ini agar Tasik Kenyir yang terkenal sebagai tempat pelancongan terus terpelihata. Sila lihat artikel berkaitan pencemaran Tasik Kenyir pada Rajah 9 bahagian Lampiran untuk maklumat lebih lanjuk mengenai pencemaran tersebut.

Comments

  1. Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran bunyi merupakan pembangunan yang berdekatan , jalan raya bersebelahan kawasan perumahan dan penggunaan mercun api pada malam perayaan . Antara cara untuk mengatasi masalahnya merupakan menggunakan mercun api yang bunyinya tidak akan menggangu orang lain dan tidak beli rumah di sebelah jalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN BUNYI