PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa

5 SUNGAI DIKENAL PASTI PALING TERCEMAR DI NEGARA INI

5 sungai dikenal pasti paling tercemar di negara ini



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima sungai didapati paling teruk tercemar di negara ini. Antaranya, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru. Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan antara punca utama pencemaran itu berlaku. Selain itu, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran ini.

Ia berlaku apabila sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Dalam pada itu, beberapa negara maju juga didapati melakukan kesalahan membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ke dalam tong sebelum membuangnya ke dalam laut.

Tindakan tersebut secara tidak langsung merosakkan hidupan laut dan  sesetengah pulau pula dilaporkan tidak mempunyai sistem pelupusan sampah yang baik,  sekaligus mewujudkan istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang.

Dari sisi perunding alam sekitar, Malaysian Water Partnership, MyWP, Amlir Ayat,  masalah pencemaran ini boleh diatasi dengan usaha yang berterusan, selain menerapkan ilmu kesedaran sivik terhadap anak-anak di peringkat seawal pra-sekolah.

“Saya rasa satu perkara yang perlu diingat ialah, ia perlu dilakukan dari peringkat sekolah rendah atau sejak tadika lagi”, jelasnya.

“Kalau kita lihat di negara maju, mereka menerapkan isu-isu alam sekitar ini bukan sahaja mengenai pencemaran sungai, ia telah diterapkan sejak di peringkat pra sekolah, malah ia tidak dianggap sebagai isu pencemaran tetapi sebagai satu etika kehidupan”, tambahnya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.

Dia percaya Malaysia juga boleh melakukan perkara sedemikian tetapi perlu dilaksanakan secara berterusan.


http://diaripencemaran.blogspot.com/2017/07/5-sungai-dikenal-pasti-paling-tercemar.html


Comments

Popular posts from this blog

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN AIR