PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa

MASALAH DAN KESAN PENCEMARAN CAHAYA

masalah dan kesan pencemaran cahaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang dimaksudkan dengan Pencemaran Cahaya? Pencemaran cahaya adalah cahaya berlebihan yang terlalu terang atau menonjol cahayanya terutama diwaktu malam.

Jika dulu kita boleh berjalan pada waktu malam walaupun di tengah bandar untuk melihat bintang dan gerbang bima sakti di langit malam tetapi kini ianya semakin sukar dilihat.

Dengan membiarkan lampu menerangi kegelapan malam lalu menghilangkan pandangan terhadap langit malam yang penuh dengan bintang, kita bagaikan kehilangan satu suasana alam yang semulajadi. Tiada beza antara malam dan siang telah menukar sikap dan emosi diri seseorang insan. Kita juga kehilangan hubungan dengan apa yang boleh memberi inspirasi dan panduan kepada generasi akan datang. Sudah tentu ada hikmah dan rahmat disebalik peraturan alam dimana siang itu terang dan malam pula gelap.

Malam Gelap, Langit Cerah

Kini, lebih dari separuh penduduk dunia menetap di bandar-bandar dan mengikut kajian, 3 dari setiap 4 orang di bandar-bandar tidak pernah mengalami keadaan hairan atau pelik apabila melihat langit gelap (diterangi cahaya disekeliling). Bagaimana kita hendak menerangkan kepentingan malam yang gelap dengan langit yang cerah apabila mereka telah tewas kepada pencemaran cahaya?

Bagaimana kita boleh membuat mereka sedar bahawa pencemaran cahaya merupakan masalah dalam pelbagai aspek diataranya, penjimatan tenaga, kos, kesihatan dan kesan ke atas hidupan binatang mahupun tumbuhan serta kemampuan kita untuk melihat bintang-bintang? Akhir sekali, bagaimana anda meyakinkan mereka bahawa segalanya itu penting dan berbaloi untuk diambil perhatian walaupun dengan langkah-langkah kecil untuk mengurangkan masalah pencemaran cahaya ini?

masalah dan kesan pencemaran cahaya

Kesan-Kesan Pencemaran Cahaya

Mungkin kita tidak nampak atau sedar akan kesan pencemaran cahaya ini. Namun perlu kita ketahui bahawa pencemaran cahaya sebenarnya memberi kesan yang amat buruk dalam aspek kehidupan, kesihatan dan emosi terhadap semua makhluk yang hidup dimuka bumi ini. Berikut adalah beberapa kesan akibat dari Pencemaran Cahaya.

    masalah dan kesan pencemaran cahaya
  • Pencemaran cahaya telah mengganggu ekosistem semua hidupan. Ia merupakan ancaman serius khususnya kepada hidupan liar pada waktu malam selain dari kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan fisiologi. Ianya boleh mengelirukan pola migrasi haiwan, mengubah interaksi kompetitif haiwan, mengubah hubungan pemangsa dan mangsa serta menyebabkan bahaya fisiologi.
  • Pencemaran cahaya menyebabkan burung dan haiwan lain boleh keliru dengan lampu tiruan, Ini akan menjauhkan mereka dari kawasan habitat dan mengganggu kitaran pembiakan.
  • Kitaran fotosintesis pokok juga telah terbukti terganggu kerana jumlah lebih besar dari lampu malam hari membuatkan pokok tidak seimbang masa dalam kitaran hariannya lalu membuatkan ianya mati.
  • Pencemaran cahaya memberi kesan kesihatan terutamanya kepada manusia. Kita bergantung kepada kitaran badan semulajadi yang dipanggil aliran circadian dan pengeluaran melatonin dimana ianya dikawal oleh cahaya terang dan gelap (siang dan malam). Jika manusia yang terkena cahaya semasa tidur, pengeluaran melatonin akan tergendala. Ini boleh membawa kepada gangguan tidur dan masalah kesihatan yang lain seperti pening, sakit kepala, keletihan, tekanan, masalah kegemukan dan meningkatkan perasaan cemas. 
  • Kesan pencemaran cahaya ini menjadi lebih bahaya apabila kajian mendapati kekurangan pengeluaran melatonin akan meninggikan risiko untuk terkena kanser payudara.
  • Pencemaran cahaya datangnya dari sumber tenaga dan ianya terbuang begitu sahaja. Ianya satu pembaziran dan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dengan lebih pantas melalui penggunaan sumber semulajadi yang berlebihan sebagai sumber tenaga. 
  • Persatuan Dark Sky menganggarkan bahawa pencemaran cahaya di seluruh dunia pada setiap tahun telah menyumbangkan kepada pelepasan lebih dari 12 juta tan karbon dioksida serta gas-gas rumah hijau yang lain ke atmosfera yang membawa kesan kepada masalah pemanasan global. 
masalah dan kesan pencemaran cahaya


Malam Itu Gelap, Siang Itu Terang

Bukanlah bermakna untuk mengatasi kesan pencemaran cahaya kita perlu hidup bergelap di malam hari. Kita patut melihat kepada lebihan penggunaan cahaya yang tidak diperlukan seperti lampu-lampu hiasan, papan iklan dan sebagainya yang tidak diperlukan.

Cara kehidupan juga perlu kembali kepada fitrah kehidupan. Malam adalah masa untuk berehat, beribadat, tidur mahupun mencari ketenangan..Ianya bukan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti dan bekerja. Dengan ini pencemaran cahaya dapat diatasi dan mengurangkan risiko serta kesan-kesannya.

Malam dan siang itu telah ditetapkan aturan dan kejadiannya. Setiap makhluk juga telah ditetapkan aturan untuk mengikuti suasana dan aturan alam ini. Jika kita cuba melawan dan menukarnya, sudah pasti akan membawa kesan buruk berlaku kepada diri dan kehidupan.

masalah dan kesan pencemaran cahaya

Comments

Popular posts from this blog

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN AIR