PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa

PENCEMARAN UDARA

Pengenalan
Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain. Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga pada udara dalam, di mana kesan pencemaran udara dalaman adalah lebih memudaratkan kesihatan manusia berbanding dengan kesan udara luaran.

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara






Terdapatnya banyak punca berlakunya pencemaran udara. Antaranya ialah pelepasan asap daripada pembakaran bahan api, pembakaran sampah-sarap, cerobong asap kilang, ekzos kenderaan bermotor, asap rokok dan aktiviti masyarakat yang lain.
Debu daripada kilang papan, simen, asbestos ,batu kapur dan sebagainya, plumbum dan pembakaran bahan bercat juga menyumbang kepada pencemaran udara.
Di samping itu, gas-gas seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, sulfur dioksida dan hirokarbon juga merupakan bahan pencemar udara. Kesemua gas-gas ini boleh didapati daripada pembakaran, ekzos kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Radon pula merupakan sejenis gas yang terbebas secara semulajadi daripada tanah disebabkan pengudaraan yang kurang sesuai pada skruktur rumah pada zaman moden ini.
Bahan agrokimia yang biasa digunakan dalam kegiatan pertanian seperti penternakan dan penanaman menyumbang kepada pencemaran udara. Perternakan ini menghasilkan kuantiti najis yang banyak di mana ia membebaskan pelbagai jenis gas seperti ammonia ke persekitaran. Dari segi aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun ke atas tanaman adalah antara penyumbang utama masalah pencemaran udara.
Sumber semulajadi seperti letupan gunung berapi, kebakaran hutan boleh menyumbang kepada pencemaran udara. Akhirnya, sinaran radioaktif daripada stesen kuasa nuclear juga boleh menyebabkan pencemaran udara.

Punca Pencemaran Udara Malaysia




Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.

Isi rumah juga menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Inilah punca jerebu yang kerap menyelubunyi ruang udara Malaysia. Ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya .

Kesan-kesan Pencemaran Udara






Terdapat banyak kesan akibat pencemaran udara. Antaranya ialah kesihatan manusia akan terjejas. Yang paling utamanya ialah pernafasan normal manusia akan terganggu.Oleh itu, akan berlakulah masalah serangan lelah pada pesakit asma, batuk-batuk, sesak nafas, penyakit barah dan lain-lain.
Selain itu, perubahan iklim seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, hujan asid dan sebagainya akan berlaku Ia juga menyebabkan pertanian tidak produktif. Kejadian-kejadian ini telah jelas mengganggu kehidupan seharian manusia.
Akibat daripada pencemaran udara, kemalangan mudah berlaku. Ini adalah kerana pembentukan asbut yang mengganggu penglihatan para orang. Masalah ini pernah serius sehingga pelajar-pelajar tidak perlu menghadiri sekolah.
Di samping itu, pencemaran yang semakin serius ini boleh mengotorkan persekitaran. Ini bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara dari segi bidang pelancongan malah boleh menjatuhkan imej negara .

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Masalah pencemaran udara yang semakin serius ini boleh diatasi dengan melakukan pelbagai perkara seperti menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan dan menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya. Masyarakat juga boleh kurangkan penggunaan kenderaan dan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka.

Selain itu, media massa perlu mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti gotong-royong, taman perumahan, dan sebagainya perlu diadakan sering. Dengan ini, masalah pencemaran udara ini boleh dikurangkan dan persekitaran alam sekitar kita juga akan kelihatan cantik.

Ibubapa dan guru-guru boleh mendidik kanak-kanak cara-cara untuk menjaga alam sekeliling sejak mereka kecil lagi. Golongan dewasa perlu mengamalkan amalan baik ini dan bukan cakap kosong sahaja supaya generasi muda dapat mengikut jejak mereka.

Yang pentingya penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.Contohnya pembakaran haram.

Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya. Oleh itu, kita perlu menjaga alam sekitar kita dengan baik supaya pencemaran boleh dikurangkan dan generasi muda dapat hidup dalam keadaan yang sihat.

http://generasiku-2010.blogspot.my/2010/08/3-1.html

Comments

Popular posts from this blog

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN AIR