Posts

PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa

PENCEMARAN AIR

Image
Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input sama ada semula jadi atau budaya. Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan mengandungi beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang menyebabkan air itu tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:44). Terdapat beberapa isu berkaitan pencemaran air yang diberi fokus dalam penulisan ini. Antaranya ialah pencemaran di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan, pencemaran Sungai Juru, pencemaran Sungai Kelang dan pencemaran Tasik Kenyir. Pencemaran air di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan Kajian yang dijalankan oleh Hamirdi Ithnin dan Nordin Sakke (2000) di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan mendapati bahawa terdapat korelasi yang kuat antara pencemaran air seperti Partikel Terampai (SS) dan Ammonia Nitrogen (NH3N) merupakan penyumbang utama kepada pencemaran air. Manakala permintaan Oksigen Biokimia (BOD5) dan Permintaan Oksigen Kimai (COD

PENCEMARAN UDARA

Image
Pengenalan Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain. Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga pada udara dalam, di mana kesan pencemaran udara dalaman adalah lebih memudaratkan kesihatan manusia berbanding dengan kesan udara luaran. Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara Terdapatnya banyak punca berlakunya pencemaran udara. Antaranya ialah pelepasan asap daripada pembakaran bahan api, pembakaran sampah-sarap, cerobong asap kilang, ekzos kenderaan bermotor, asap rokok dan aktiviti masyarakat yang lain. Debu daripada kilang papan, simen, asbestos ,batu kapur dan sebagainya, plumbum dan pembakaran bahan bercat juga menyumbang kepada pencemaran udara. Di samping itu, gas-gas seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, sulfur dioksida dan hirokarbon juga merupakan bahan pencemar udara. Kesemua gas-gas ini boleh didapa

TANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAM DAN KEHIDUPAN DI DUNIA

Image
Tanpa binatang dan tumbuhan, manusia tidak akan mampu hidup di dunia ini tetapi tanpa manusia, binatang dan tumbuhan akan terus hidup. Oleh itu kenapa kita perlu ada di muka bumi ini? Apakah tanggungjawab kita? Adakah kehadiran kita hanyalah untuk menggunakan, merosakkan dan memusnahkan semua hidupan dan alam semulajadi yang indah ini? Tugas Dan Kewajipan Manusia Di Dunia Ya! Sebenarnya dunia ini diciptakan untuk manusia. Sebuah alam yang sempurna untuk kehidupan sementara sebagai medan ujian sebelum ke alam yang kekal abadi. Kita semua punya tugas dan kewajipan kepada Pencipta untuk tinggal di muka bumi ini. Tugas kita adalah sebagai khalifah untuk menguruskan dan bertanggungjawab ke atas semua makhluk di muka bumi ini. Kita merupakan ciptaan istimewa yang punya akal dan fikiran untuk berfikir agar dapat mentadbir dan menggunakan segala sumber dan hidupan dengan sebaik-baiknya. "Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia meliha

MASALAH DAN KESAN PENCEMARAN CAHAYA

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang dimaksudkan dengan Pencemaran Cahaya?   Pencemaran cahaya   adalah cahaya berlebihan yang terlalu terang atau menonjol cahayanya terutama diwaktu malam. Jika dulu kita boleh berjalan pada waktu malam walaupun di tengah bandar untuk melihat bintang dan gerbang bima sakti di langit malam tetapi kini ianya semakin sukar dilihat. Dengan membiarkan lampu menerangi kegelapan malam lalu menghilangkan pandangan terhadap langit malam yang penuh dengan bintang, kita bagaikan kehilangan satu suasana alam yang semulajadi. Tiada beza antara malam dan siang telah menukar sikap dan emosi diri seseorang insan. Kita juga kehilangan hubungan dengan apa yang boleh memberi inspirasi dan panduan kepada generasi akan datang. Sudah tentu ada hikmah dan rahmat disebalik peraturan alam dimana siang itu terang dan malam pula gelap. Malam Gelap, Langit Cerah Kini, lebih dari separuh penduduk dunia menetap di bandar-bandar dan mengikut kajian, 3 dari setia

5 SUNGAI DIKENAL PASTI PALING TERCEMAR DI NEGARA INI

Image
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima sungai didapati paling teruk tercemar di negara ini. Antaranya, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru. Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan antara punca utama pencemaran itu berlaku. Selain itu, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran ini. Ia berlaku apabila sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Dalam pada itu, beberapa negara maju juga didapati melakukan kesalahan membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ke dalam tong sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan tersebut secara tidak langsung merosakkan hidupan laut dan  sesetengah pulau pula dilaporkan tidak mempunyai sistem pelupusan sampah yang baik,  sekaligus mewujudkan istilah pulau sampah secara teranca

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Image
       P encemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.                 Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa di