Posts

Showing posts with the label PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa ...

PENCEMARAN AIR

Image
Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input sama ada semula jadi atau budaya. Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan mengandungi beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang menyebabkan air itu tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:44). Terdapat beberapa isu berkaitan pencemaran air yang diberi fokus dalam penulisan ini. Antaranya ialah pencemaran di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan, pencemaran Sungai Juru, pencemaran Sungai Kelang dan pencemaran Tasik Kenyir. Pencemaran air di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan Kajian yang dijalankan oleh Hamirdi Ithnin dan Nordin Sakke (2000) di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan mendapati bahawa terdapat korelasi yang kuat antara pencemaran air seperti Partikel Terampai (SS) dan Ammonia Nitrogen (NH3N) merupakan penyumbang utama kepada pencemaran air. Manakala permintaan Oksigen Biokimia (BOD5) dan Permintaan Oksigen Kimai (COD...