Posts

Showing posts with the label BERITA

PENCEMARAN BUNYI

Image
P engenalan Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kite mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhdapa ...

5 SUNGAI DIKENAL PASTI PALING TERCEMAR DI NEGARA INI

Image
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima sungai didapati paling teruk tercemar di negara ini. Antaranya, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru. Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan antara punca utama pencemaran itu berlaku. Selain itu, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran ini. Ia berlaku apabila sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Dalam pada itu, beberapa negara maju juga didapati melakukan kesalahan membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ke dalam tong sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan tersebut secara tidak langsung merosakkan hidupan laut dan  sesetengah pulau pula dilaporkan tidak mempunyai sistem pelupusan sampah yang baik,  sekaligus mewujudkan istilah pulau sampah secar...